Ujian Psikometrik SPA
Assalamualaikum dan salam hormat kepada anda yang datang ke artikel di blog kami ini.
Kami percaya yang anda ada mendapat panggilan ke ujian Psikometrik SPA untuk sesi akan datang kan?
Sila semak emel anda sekarang atau boleh juga rujuk ke halaman FB SPA.
Ujian Psikometrik
Untuk anda yang baru pertama kali mendengar ujian Psikometrik ni, jangan gelabah dulu.
Teruskan bacaan anda di sini.
Beberapa tahun yang lepas, ujian Psikometrik ini dikenali sebagai ujian minat kerjaya. Ada juga nama lainnya seperti ujian sahsiah dan minat.
Apa pun namanya, tujuannya cuma satu. Iaitu untuk kenalpasti kecenderungan kita sebagai calon, sama ada layak atau tak untuk berkhidmat di sesuatu jabatan.
Kalau untuk Kementerian Pendidikan Malaysia, ujian Psikometrik juga dikenali dengan nama eUKCG iaitu Ujian Kelayakan Calon Guru.
Ujian Psikometrik Sekolah
Untuk yang belum tahu lagi, sebenarnya di sekolah pun kita pernah menjalani ujian Psikometrik ini.
Kami percaya bahawa kaunselor sekolah menengah anda pernah menjalankan ujian ini untuk menentukan sama ada seseorang pelajar sesuai masuk ke aliran Sains Tulen atau bidang Ekonomi selepas anda habis PMR dulu.
Format Ujian Psikometrik SPA
Untuk menjawat jawatan-jawatan di sektor kerajaan, anda perlu menjalani ujian ini terlebih dahulu.
Dan format ujian Psikometrik SPA ini tidak tetap. Ada jawatan yang perlukan anda untuk menjawab 199 soalan dalam masa 1 jam 30 minit.
Manakala ada juga jawatan yang memerlukan anda untuk jawab 99 soalan dalam tempoh masa 30 minit sahaja.
Jadi ia bergantung kepada jabatan atau kementerian masing-masing.
Anda sebagai calon hanya perlu bersedia sahaja.
Jawapan adalah dalam bentuk objektif beraneka pilihan seperti :
- Ya / Tidak
- Setuju / Tidak Setuju
- Sangat Setuju / Sangat Tidak Setuju
Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA
Untuk memudahkan kefahaman anda sebagai calon, ayuh kita sama-sama lihat 10 contoh soalan ujian Psikometrik SPA ini.
1. Saya suka membawa kerja pejabat pulang ke rumah
a. Ya
b. Tidak
2. Saya suka melepaskan tekanan dengan pergi berkaraoke
a. Setuju
b. Tidak Setuju
3. Saya tiada masalah apabila rakan sekerja saya mendapat pujian walaupun kerja tersebut saya yang selesaikan
a. Sangat Tidak Setuju
b. Tidak Setuju
c. Setuju
d. Sangat Setuju
4. Saya suka menghadiri kenduri kendara
a. Sangat Setuju
b. Setuju
c. Tidak Setuju
d. Sangat Tidak Setuju
5. Saya melayan semua tetamu yang berkunjung ke rumah saya
a. Ya
b. Tidak
6. Berbaris untuk membayar bil adalah hal yang menyenangkan
a. Sangat Setuju
b. Setuju
c. Tidak Setuju
d. Sangat Tidak Setuju
7. Apabila tidak berpuas hati dengan sesuatu kerja, saya akan menjadi lebih fokus untuk menyiapkannya dengan sempurna
a. Ya
b. Tidak
8. Saya mudah bersimpati dengan cerita sedih rakan sekerja
a. Ya
b. Tidak
9. Saya sering berkata ya apabila rakan sekerja meminta pertolongan
a. Ya
b. Tidak
10. Saya boleh meluangkan waktu hujung minggu untuk memikirkan hal kerja yang perlu dilakukan minggu berikutnya
a. Sangat Setuju
b. Setuju
c. Tidak Setuju
d. Sangat Tidak Setuju
Soalan-soalan yang kami kongsikan di atas hanyalah contoh soalan sahaja dan bukan bersifat soalan sebenar atau soalan bocor yang akan ditanya ketika ujian Psikometrik sebenar nanti.
Rujukan Ujian Psikometrik SPA
Untuk memudahkan anda sebagai calon ujian Psikometrik SPA, izinkan kami bantu anda.
Kami di tim IKR sudah pun membantu calon peperiksaan seperti anda untuk masuk ke sektor kerajaan.
Sejak 2008 lagi, kami dah membantu beribu-ribu calon bermula dari tapisan ujian Psikometrik, peperiksaan online dan seterusnya sesi temuduga untuk melepasi kesemua tapisan yang dikelolakan oleh SPA ini.
Percaya lah dengan pengalaman kami, kami tahu di mana selok-belok perangkap atau jerat yang direka oleh SPA untuk mengurangkan calon-calon yang kurang bersedia dari melepasi tapisan pertama ini.
Dengan ini, kami perkenalkan kepada anda rujukan ujian Psikometrik SPA.
eBuku Versi Pratonton
Untuk permulaan, kami berbesar hati nak hadiahkan anda rujukan ujian Psikometrik SPA ini dalam bentuk ebuku (ebook) versi pratonton untuk anda dapat gambaran bagaimana bentuknya.
Sila muat turun sekarang, percuma sahaja (MUAT TURUN)
Jika dah selesai muat turun, boleh terus baca dan rasa dulu pengalaman bagaimana kami susun ebuku ini untuk kegunaan anda sebagai calon ujian Psikometrik yang akan datang.
Jika anda rasa ia bermanfaat, anda boleh terus dapatkan ebuku versi penuh ini yang mengandungi :
- 200 contoh soalan ujian Psikometrik versi terkini 2022
- Tips menjawab soalan
- Huraian-huraian jawapan
- Cara nak jawab soalan-soalan dengan betul
- Cara nak kesan perangkap yang disusun untuk memerangkap calon
- Bagaimana nak elak perangkap ini
- Apa yang bakal menggagalkan Psikometrik anda
Comments
Post a Comment